Sabtu, 21 Mei 2011

Adakah Kita Lupa?

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
         
           Alhamdulillah syukur kepada Allah sebab telah menganugerahkan ilham kepada saya untuk berkongsi cerita yang menarik.Hari ini sedang saya mencari lagu nasyid yang sedap-sedap di Youtube tiba-tiba terjumpa sebuah yang telah membuka minda saya untuk berfikir dengan terbuka dan lebih kehadapan.Masyaallah lagu ini cukup menyedarkan saya bahawa kita telah jauh dari tujuan hidup kita yang sebenarnya.Tujuan yang satu iaitu untuk agama Allah yang telah dibawa oleh Rasulullah.Harap ianya juga dapat membuka minda anda.INSYAALLAH.
Dengarkanlah......

ADAKAH KAU LUPA


adakah kau lupa 
kita pernah berjaya 
adakah kau lupa 
kita pernah berkuasa


memayungi dua pertiga dunia 
merentas benua melayari samudera 
keimanan juga ketaqwaan 
rahsia mereka capai kejayaan


bangunlah wahai anak bangsa 
kita bina kekuatan jiwa 
tempuh rintangan perjuangan


bangunlah wahai anak bangsa 
kita bina kekuatan jiwa 
tempuh rintangan perjuangan


gemilang generasi yang silam 
membawa arus perubahan 
keikhlasan hati dan nurani 
ketulusan jiwa mereeka berjuang 
keikhlasan hati dan nurani 
ketulusan jiwa mereeka berjuang


adakah kau lupa
sejarah telah mengajar kita 
budaya islam di serata dunia 
membina tamadun berjaya 
merubah mengangkat maruah


adakah kau lupa 
kita pernah berjaya 
adakah kau lupa 
kita pernah berkuasa


memayungi dua pertiga dunia 
merentas benua melayari samudera 
keimanan juga ketaqwaan 
rahsia mereka capai kejayaan


adakah kau lupa 
adakah kau lupa 
adakah kau lupa...


              Macam mana?Membuka minda bukan?Cuba kita renung kembali kemana hilangnya tamadun Khulafak Ar-Rasyidin,Kerajaan Bani Umaiyah,Kerajaan Uthmaniah dan tamadun islam yang lain?Betul lah keiman dan ketaqwaan yang telah membangunkan semua kerajaan tersebut.Semua kerajaan itu berperanan penting dalam kejayaan Islam untuk menakluki 2/3 dunia,mengalahkan kerajaan Rome yang pada ketika itu menjadi kuasa besar dunia.Allahuakhbar!Begitu pentingnya keimanan da ketaqwaan itu.

       Tidak patut juga kita lupakan pengorbanan insan yang bernama Muhammad Ibn Abdullah S.A.W. bagindalah yang telah menhidupkan serta menyalakan api kejayaan yang telah hilang ditelan zaman itu.Hargailah pengorbanan baginda denagn mengamalkn segala ajaran dan sunnah baginda.Oleh itu,mari lah saudaraku kita menhidupkannya kembali kejayaan tersebut.Apa beza kita dengan mereka yang berjaya itu?Tiada beza,mereka hamba Allah kita pun hamba Allah,mereka Islam kita pun Islam,mereka beriman dan bertaqwa tp adakah kita beriman dan bertaqwa.Itulah perbezaan kita dengan mereka.Bangun lah anak bangsa kita bina kekuatan jiwa untuk mencapai kejayaan da kekuasan Islam sekali lagi.Insyaallah.
~Wallahualam~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan