Selasa, 31 Mei 2011

EMPAT IBU UTAMA


Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud : Ada 4 dipandang sebagai ibu iaitu :
1 ) Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2 ) Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP.
3 ) Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4 ) Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan Kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang yang tidak melakukan sholat pada waktu:-

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhur : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesehatan /kekuatan
Maghrib : Tidak diberi bantuan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya
Al-Quran: Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan.

Jumaat, 27 Mei 2011

Kasihnya Rasulullah S.W.A

       

              Indahnya akhlak mulia yang ditunjukkan oleh Imam kita Rasulullah S.W.A.
Tinggi sunguh budi pekerti dan rasa kasih begitu mendalam dalam jiwa insan yang terbaik ini.Moga Allah mempermudahkan bagi kita untuk mencontohi sifat baginda.    
INSYAALLAH.      

       Orang-orang yang keras hati tidak akan mengenal kasih sayang. Tidak ada sedikitpun kelembutan pada diri mereka. Hati mereka keras bagaikan karang. Kaku tabiat, baik ketika memberi maupun menerima. Kurang peka perasaan, lagi tipis peri kemanusiannya. Berbeda halnya dengan orang yang dikaruniai Alloh Ta’ala hati yang lembut, penuh kasih sayang lagi penuh kemurahan. Dialah yang layak disebut pemilik hati yang agung penuh cinta. Hati yang diliputi dengan kasih sayang dan digerakkan oleh perasaan yang halus.
Dari Anas bin Malik Radhiallaahu anhu ia berkata, yang artinya: “Rasululloh Shalallaahu alaihi wasalam pernah membawa putra beliau bernama Ibrahim, kemudian mengecup dan menciumnya.” (HR: Al-Bukhari)
Kasih sayang tersebut tidak hanya terkhusus bagi kerabat beliau saja, bahkan beliau curahkan juga bagi segenap anak-anak kaum muslimin. Asma’ binti ‘UmeisRadhiallaahu anha –istri Ja’far bin Abi Thalib- menuturkan, yang artinya:“Rasululloh Shalallaahu alaihi wasalam datang menjengukku, beliau memanggil putra-putri Ja’far. Aku melihat beliau mencium mereka hingga menetes air mata beliau. Aku bertanya: “Wahai Rasululloh, apakah telah sampai kepadamu berita tentang Ja’far?” beliau menjawab: “Sudah, dia telah gugur pada hari ini!” Mendengar berita itu kamipun menangis. Kemudian beliau pergi sambil berkata: “Buatkanlah makanan bagi keluarga Ja’far, karena telah datang berita musibah yang memberatkan mereka.” (HR: Ibnu Sa’ad, Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Ketika air mata Rasululloh Shalallaahu alaihi wasalam menetes menangisi gugurnya para syuhada’ tersebut, Sa’ad bin ‘Ubadah Radhiallaahu anhu bertanya: “Wahai Rasululloh, Anda menangis?” Rasululloh Shalallaahu alaihi wasalammenjawab: “Ini adalah rasa kasih sayang yang Alloh Ta’ala letakkan di hati hamba-hamba-Nya. Sesungguhnya hamba-hamba yang dikasihi Allah Ta’ala hanyalah hamba yang memiliki rasa kasih sayang.” (HR: Al-Bukhari)
Ketika air mata Rasululloh Shalallaahu alaihi wasalam menetes disebabkan kematian putra beliau bernama Ibrahim, Abdurrahman bin ‘Auf Radhiallaahu anhu bertanya kepada beliau: “Apakah Anda juga menangis wahai Rasulullah?” Rasululloh Shalallaahu alaihi wasalam menjawab: “Wahai Ibnu ‘Auf, ini adalah ungkapan kasih sayang yang diiringi dengan tetesan air mata. Sesungguhnya air mata ini menetes, hati ini bersedih, namun kami tidak mengucapkan kecuali yang diridhai Allah Ta’ala. Sungguh, kami sangat berduka cita berpisah denganmu wahai Ibrahim.” (HR: Al-Bukhari)
Akhlak Rasululloh Shalallaahu alaihi wasalam yang begitu agung memotivasi kita untuk meneladaninya dan menapaki jejak langkah beliau. Pada zaman sekarang ini, curahan kasih sayang terhadap anak-anak serta menempatkan mereka pada kedudukan yang semestinya sangat langka kita temukan. Padahal mereka adalah calon pemimpin keluarga esok hari, mereka adalah cikal bakal tokoh masa depan dan cahaya fajar yang dinanti-nanti. Kejahilan dan keangkuhan, dangkalnya pemikiran serta sempitnya pandangan menyebabkan hilangnya kunci pembuka hati terhadap para bocah dan anak-anak. Sementara Rasululloh Shalallaahu alaihi wasalam, kunci pembuka hati itu ada di tangan dan lisan beliau. Cobalah lihat, Rasululloh Shalallaahu alaihi wasalam senantiasa membuat anak-anak senang kepada beliau, mereka menghormati dan memuliakan beliau. Hal itu tidaklah mengherankan, karena beliau menempatkan mereka pada kedudukan yang tinggi.
Setiap kali Anas bin Malik melewati sekumpulan anak-anak, ia pasti mengucapkan salam kepada mereka. Beliau berkata, yang artinya: “Demikianlah yang dilakukan Rasululloh Shalallaahu alaihi wasalam .” (Muttafaq ‘alaih)
Meskipun anak-anak biasa merengek dan mengeluh serta banyak tingkah, namun Rasululloh Shalallaahu alaihi wasalam tidaklah marah, memukul, membentak dan menghardik mereka. Beliau tetap berlaku lemah lembut dan tetap bersikap tenang dalam menghadapi mereka.
Dari ‘Aisyah Radhiallaahu anha ia berkata, yang artinya: “Suatu kali pernah dibawa sekumpulan anak kecil ke hadapan Rasululloh Shalallaahu alaihi wasalam , lalu beliau mendoakan mereka, pernah juga di bawa kepada beliau seorang anak, lantas anak itu kencing pada pakaian beliau. Beliau segera meminta air lalu memer-cikkannya pada pakaian itu tanpa mencucinya.” (HR: Al-Bukhari)
Wahai pembaca yang mulia, engkau pasti mengetahui bahwa duduk di rumah Rasululloh Shalallaahu alaihi wasalam merupakan sebuah kehormatan. Lalu, tidakkah terlintas di dalam lubuk hatimu? Bermain dan bercanda ria dengan si kecil, putra-putrimu? Mendengarkan tawa ria dan celoteh mereka yang lucu dan indah? Ayah dan ibuku sebagai tebusannya, Rasululloh Shalallaahu alaihi wasalamselaku nabi umat ini, melakukan semua hal itu.
Abu Hurairah Radhiallaahu anhu menceritakan: “Rasululloh Shalallaahu alaihi wasalam pernah menjulurkan lidahnya bercanda dengan Al-Hasan bin Ali Radhiallaahu anhu. Iapun melihat merah lidah beliau, lalu ia segera menghambur menuju beliau dengan riang gembira.” (Lihat Silsilah Shahihah no.70)
Anas bin Malik Radhiallaahu anhu menuturkan, yang artinya: “Rasululloh sering bercanda dengan Zainab, putri Ummu Salamah Radhiallaahu anha, beliau memanggilnya dengan: “Ya Zuwainab, Ya Zuwainab, berulang kali.” (Zuwainab artinya: Zainab kecil) (Lihat Silsilah Hadits Shahih no.2141 dan Shahih Al-Jami’ 5-25)
Kasih sayang beliau kepada anak tiada batas, meskipun beliau tengah mengerjakan ibadah yang sangat agung, yaitu shalat. Beliau pernah mengerjakan shalat sambil menggendong Umamah putri Zaenab binti Rasululloh dari suaminya yang bernama Abul ‘Ash bin Ar-Rabi’. Pada saat berdiri, beliau menggendongnya dan ketika sujud, beliau meletakkannya. (Muttafaq ‘alaih)
Mahmud bin Ar-Rabi’ Radhiallaahu anhu mengungkapkan, yang artinya: “Aku masih ingat saat Rasululloh Shalallaahu alaihi wasalam menyemburkan air dari sebuah ember pada wajahku, air itu diambil dari sumur yang ada di rumah kami. Ketika itu aku baru berusia lima tahun.” (HR: Muslim)
Rasululloh Shalallaahu alaihi wasalam senantiasa memberikan pengajaran, baik kepada orang dewasa maupun anak-anak. Abdullah bin Abbas menuturkan: “Suatu hari aku berada di belakang Nabi Shalallaahu alaihi wasalam, beliau bersabda, yang artinya: “Wahai anak, aku akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimat: “Jagalah (perintah) Allah, pasti Allah akan menjagamu. Jagalah (perintah) Alloh, pasti kamu selalu mendapatkan-Nya di hadapanmu. Jika kamu meminta, mintalah kepada Alloh, jika kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah.” (HR: At-Tirmidzi)
Telah kita saksikan bersama keutamaan akhlak dan keluhuran budi pekerti serta sejarah kehidupan yang agung. Semoga semua itu dapat menghidupkan hati kita dan dapat kita teladani dalam mengarungi bahtera kehidupan. Putra-putri yang menghiasi rumah kita, selalu membutuhkan kasih sayang seorang ayah serta kelembutan seorang ibu. Membutuhkan belaian yang membuat hati mereka bahagia. Sehingga mereka dapat tumbuh dengan pribadi yang luhur dan akhlak yang lurus. Siap untuk memimpin umat, sebagai buah karya dari para ibu dan bapak, tentu saja dengan taufik dari Alloh Subhanahu wa Ta’ala.

Sabtu, 21 Mei 2011

Adakah Kita Lupa?

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
         
           Alhamdulillah syukur kepada Allah sebab telah menganugerahkan ilham kepada saya untuk berkongsi cerita yang menarik.Hari ini sedang saya mencari lagu nasyid yang sedap-sedap di Youtube tiba-tiba terjumpa sebuah yang telah membuka minda saya untuk berfikir dengan terbuka dan lebih kehadapan.Masyaallah lagu ini cukup menyedarkan saya bahawa kita telah jauh dari tujuan hidup kita yang sebenarnya.Tujuan yang satu iaitu untuk agama Allah yang telah dibawa oleh Rasulullah.Harap ianya juga dapat membuka minda anda.INSYAALLAH.
Dengarkanlah......

ADAKAH KAU LUPA


adakah kau lupa 
kita pernah berjaya 
adakah kau lupa 
kita pernah berkuasa


memayungi dua pertiga dunia 
merentas benua melayari samudera 
keimanan juga ketaqwaan 
rahsia mereka capai kejayaan


bangunlah wahai anak bangsa 
kita bina kekuatan jiwa 
tempuh rintangan perjuangan


bangunlah wahai anak bangsa 
kita bina kekuatan jiwa 
tempuh rintangan perjuangan


gemilang generasi yang silam 
membawa arus perubahan 
keikhlasan hati dan nurani 
ketulusan jiwa mereeka berjuang 
keikhlasan hati dan nurani 
ketulusan jiwa mereeka berjuang


adakah kau lupa
sejarah telah mengajar kita 
budaya islam di serata dunia 
membina tamadun berjaya 
merubah mengangkat maruah


adakah kau lupa 
kita pernah berjaya 
adakah kau lupa 
kita pernah berkuasa


memayungi dua pertiga dunia 
merentas benua melayari samudera 
keimanan juga ketaqwaan 
rahsia mereka capai kejayaan


adakah kau lupa 
adakah kau lupa 
adakah kau lupa...


              Macam mana?Membuka minda bukan?Cuba kita renung kembali kemana hilangnya tamadun Khulafak Ar-Rasyidin,Kerajaan Bani Umaiyah,Kerajaan Uthmaniah dan tamadun islam yang lain?Betul lah keiman dan ketaqwaan yang telah membangunkan semua kerajaan tersebut.Semua kerajaan itu berperanan penting dalam kejayaan Islam untuk menakluki 2/3 dunia,mengalahkan kerajaan Rome yang pada ketika itu menjadi kuasa besar dunia.Allahuakhbar!Begitu pentingnya keimanan da ketaqwaan itu.

       Tidak patut juga kita lupakan pengorbanan insan yang bernama Muhammad Ibn Abdullah S.A.W. bagindalah yang telah menhidupkan serta menyalakan api kejayaan yang telah hilang ditelan zaman itu.Hargailah pengorbanan baginda denagn mengamalkn segala ajaran dan sunnah baginda.Oleh itu,mari lah saudaraku kita menhidupkannya kembali kejayaan tersebut.Apa beza kita dengan mereka yang berjaya itu?Tiada beza,mereka hamba Allah kita pun hamba Allah,mereka Islam kita pun Islam,mereka beriman dan bertaqwa tp adakah kita beriman dan bertaqwa.Itulah perbezaan kita dengan mereka.Bangun lah anak bangsa kita bina kekuatan jiwa untuk mencapai kejayaan da kekuasan Islam sekali lagi.Insyaallah.
~Wallahualam~

Khamis, 19 Mei 2011

Kisah Nabi Allah Musa a.s bertemu dengan jirannya di syurga kelak (anak soleh).

Assalamulaikum.
     
            Saya nak berkongsi kisah yang telah baca disebuah laman internet bercorakkan islamiah.Kisah ini sungguh menyayat hati dan menimbulkan keinsafan. Tak tahulah sejauh mana beza kita antara anak soleh ini.Besar pengorbanannya,besar lagi pahalanya.Sebelum membaca kisah tersebut, anda jawablah persoalan saya dahulu....


Gelikah anda dengan babi?
Sanggupkah anda memegangnya?
Dan sanggupkah anda menciumnya?

~Di zaman Nabi Musa a.s ada seorang pemuda yang memuliakan ibu bapanya. Lalu Nabi Musa a.s pergi ke rumah pemuda itu untuk melihat apakah amalan yang dilakukannya itu. Setelah memberi salam pemuda itu menjemput Nabi Musa a.s masuk ke dalam rumahnya. Baginda pun duduk di ruang tamu rumah pemuda tersebut.
Namun pemuda itu tidak melayan Nabi Musa a.s dan heranlah Nabi Musa akan tingkah laku pemuda itu, dia terus masuk ke dalam kamar kemudian membawa seekor babi betina keluar dari kamar itu, dia menggendong dengan hati-hati, kemudian memandikannya.
Nabi Musa sekali lagi terheran-heran dan berkata dalam hati ” apakah artinya semua ini?”
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap hingga kering serta dipeluk dan dicium kemudian dimasukkan lagi ke dalam kamar semula. Selepas itu pemuda itu keluar dengan seekor babi jantan pula dan lebih besar sedikit dari yang tadi. dan diperlakukan seperti babi yang sebelumnya juga.
Selepas semua kerja selesai barulah ia melayan Nabi Musa a.s. Lalu Nabi Musa a.s bertanya kepada pemuda itu tadi ” Apakah agama tuan hamba?” . “Islam agamaku” jawab pemuda itu ringkas. ” Habis kenapa kamu membela babi?” tanya Nabi Musa a.s lagi.
Wahai tuan hamba kedua-dua babi yang aku bantu, dan aku mandikan itu tadi ialah ibu bapa kandungku, Oleh sebab mereka banyak melakukan dosa besar, Allah telah menukarkan rupa mereka kepada rupa babi yang bodoh. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain, itu urusannya sama Allah. Aku sebagai anak tetap melaksanakan tanggungjawabku kepada mereka berdua.
Hari-hari aku berbakti kepada kedua orang tua ku itu sepertimana yang tuan hamba lihat tadi”.
sambungnya Setiap hari aku berdoa semoga Allah berikan rupa ayah dan ibu muka rupa mereka yang asal, tetapi Allah belum lagi mengkabulkannya, tambahnya lagi
Maka ketika itu juga Allah berfirman dan menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s “Wahai Musa inilah orang yang akan bertetangga dengan kamu di syurga nanti hasil baktinya yang sangat tinggi kepada ibu bapanya.
Berbaktilah kepada ibu bapa sebanyaknya sementara diberi peluang dari Allah.
Ibu bapanya yang sudah buruk dan bodoh dengan rupa babi pun dia tetap juga berbakti. Oleh itu kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh di sisi Kami”.
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud ” Oleh karena dia telah berada di maqam anak yang soleh di sisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat ibu bapanya yang Kami sediakan di neraka telah kami tukarkan / pindahkan ke dalam syurga”.~




              Menginsafkan bukan?Hebat dan cekalnya pemuda itu berbakti kepada ibu bapanya walaupun ibu bapanya berada dalam keadaan hina sekalipun.Teguh imanya menyebabkan dia menjadi jiran Nabi Allah Musa a.s di syurga kelak. Tertandingkah imannya jika hendak dibanding dengan iman kita?Sanggupkah kita melakukan sebegitu jika situasi yang sma gerlaku kepada kita? Kembali kepada persoalan saya tadi,adakah anda sanggup melakukan sepertimana pemuda itu lakukan kepada babi-babi itu jika babi-babi itu adalah  ibu bapa anda sendiri?Ya atau tidak?Lihatlah kasih sayang anak terhadap orang tuanya boleh membawa orang tuanya ke syurga allah.Tiada yang mustahil bagi Allah -renung-renungkanlah-
Insayaallah
~WALLAHUALAM~

SUMBER :
http://blog.its.ac.id/syafii

Ahad, 8 Mei 2011

BIODATA MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W


MUHAMMAD BIN ABDULLAH
Nama: Muhammad bin Abdullah (Nabi Muhammad s.a.w)
Tarikh dan tempat lahir: 12 Rabiul Awal Tahun Gajah,
570 Masihi di Kota Mekah
Tarikh wafat: 12 Rabiul Awal 11 Hijrah (632 Masihi) [surah ali-imran 114]
Bangsa: Quraisy, Arab
Agama: Islam
Jantina: Lelaki

Nama Ayah: Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luay bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Nadhr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’ad bin Adnan dan sehingga Ibrahim

Nama Ibu: Siti Aminah binti Wahab
Keturunan ayah dan ibu: Muhammad adalah daripada keturunan Qusai bin Kilab

Nama Isteri:
* Siti Khadijah Khuwailid R.ha
* Saudah binti Zam’ah R.ha
* Aishah binti Abu Bakar R.ha
* Habsah Umar al-Khattab R.ha
* Ummi Habibah binti Abu Sufyan R.ha
* Ummi Salamah, Hindun R.ha
* Zainab binti Jahsy R.ha
* Maimunah binti Harith R.ha
* Safyah binti Huyai R.ha
* Zainab binti Huzaimah R.ha

Nama Anak:
Qasim, Abdullah, Zainab, Ummu Kalthum, Fatimah az-Zahra

Latar Belakang Pendidikan Umum:
* Seorang yang ummi iaitu tidak tahu membaca dan menulis (surah al-jumuah: 2)
* Menerima pendidikan secara tidak formal seperti bertutur dengan bahasa Arab tulen dan hidup berdikari sewaktu dihantar keluar bandar untuk disusui oleh Halimatussa’diah daripada Kaum Saad sehingga berumur 2 tahun.
* Mempelajari kemahiran usahawan dan berdagang secara tidak formal daripada pakcik saudaranya Abu Talib daripada umur 8 hingga 21 tahun.
* Menerima tunjuk ajar secara formal daripada Jibril di Gua Hirak semasa berusia 40 tahun dan sepanjang kehidupannya sebagai nabi.

Pengalaman Kerja:
* 8-21 tahun : Mengembala kambing
* 12 tahun : Mengikuti perdagangan ke Negeri Syam mengikuti rombongan pakcik saudaranya Abu Talib.
* 25 tahun : Menjadi pengurus perdagangan Siti Khadijah ke Negeri Syam.
* 40 – 63 tahun : Dilantik sebagai Rasul terakhir yang diamanahkan untuk menyampaikan risalah Islam oleh Allah.

Pendidikan Khusus:
* Menerima pendidikan terus daripada Allah dan dididik dengan sebaik-baik didikan (hadis)
* Menerima wahyu secara langsung ataupun melalui perantaraan malaikat Jibril

Bahasa Pengantara:
* Bahasa Arab – oleh itu disampaikan menggunakan lisan Arab

Peribadi dan Karektor Umum:
* Jujur dan amanah ketika berniaga (al-amin)
* Bertakwa dan ikhlas dalam kerja
* Berani adil dan bertanggungjawab
* Menjadi penyelamat akidah dan rahmat ke seluruh alam
* Memuliakan kaum wanita
* Proaktif dalam menganjurkan perdamaian
* Tidak bersikat negatif kepada manusia dan persekitaran
* Bersabar kepada pelbagai tekanan dan sanggup bekerja lebih masa untuk dakwah
* Cerdik dan bijaksana dalam setiap tindakan dan membuat keputusan
* Menghormati jiran, mengasihi kanak-kanak dan menyayangi umat

Jawatan yang diamanahkan:
* Rasul terakhir yang diutuskan oleh Allah Yang Maha Esa untuk menyampaikan Islam
* Pemerintah Khalifah Islamiah yang pertama setelah Pembukaan Kota Mekah dan perluasan pengaruh Islam ke seluruh Tanah Arab dan sekelilingnya.
* Jeneral Perang ketika Perang Badar, Hunain, Tabuk, Ahzab, dan sebagainya.
* Pemerintah Madinah yang telah diasaskan berdasarkan Piagam Madinah selepas peristiwa Hijrah.
* Imam kepada Jemaah solat di masjid.
* Menjadi tempat rujuk tentang hukum dan syariat Islam
* Pengendali institusi wakaf dan wakaf untuk umat Islam
* Ahli perniagaan yang dipercayai antaranya ketika dilantik sebagai pengurus perdagangan bagi pihak Siti Khadijah Khuwailid

Tip mencintai Rasulullah:
Anas melaporkan, Nabi berkata, “Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia mencintaiku, dan sesiapa yang mencintaiku, nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga kelak” (direkodkan oleh Sajary)


PENGORBANAN SEORANG IBU...



Renungkanlah... 



"Nurse,boleh saya tengok bayi saya?"



ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dengan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyuman meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu,diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuannya. 



Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal,sesuatu yang cukup menggembirakan si ibu. 



Masa terus berlalu...Pulang dari sekolah suatu tengahari,anak yang tiada cuping telinga itu kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan.



"Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu. 



Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan muncul sebagai pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga,si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk. 



Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. Ayah kanak-kanak itu tidak mahu anaknya terus merasa rendah diri dengan keadaan diri yang cacat. 



"Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah.



Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban. Setahun berlalu...



"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah.



Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajarannya. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik. 



"Sebelum berangkat ke luar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali. 



"Tak mungkin," balas si ayah.



"Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan.Tunggulah,masanya akan tiba."



"Bila?" tanya si anak.



"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. 



Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya,perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada. 



"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya.



"Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat,dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya...tanyalah pada sesiapa pun kenalannya." 



P/s:Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati.Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui. Selagi ibu kita ada di dunia ini, ciumlah dia, ciumlah tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya masih ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, "I LOVE & MISS U SOOO MUCH MOM"





Gambar hiasan.

Sabtu, 7 Mei 2011

Ummi,ummi,ummi.TERIMA KASIH UMMI.

Assalamualaikum.
Ya Allah!Besarnya pengorbanan seorang ibu.Ampunilah dosa ibu-ibu kami.Ibu kaulah ratu hati kami.Kau korbankan jiwa dan ragamu semata_mata untuk kami.Saudara dan saudari marilah kta renungkan kembali segala pengorbanan ibu kita.

AJAIBNYA TANGAN IBU
Ketika kita lapar...tangan ibu yang menyuap,

Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman,

Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata,

Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,

Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang,

Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran, 

Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai duka sambil berkata:Sabar nak, Sabar ye sayang.

Namun,

Ketika ibu sudah tua & kelaparan...tiada tangan dari anak yang menyuap,

Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,

Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?

Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...

Ketika jenazah ibu nak dimandikan...

di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.

Tangan ibu, tangan ajaib...

Sentuhan ibu, sentuhan kasih...

Boleh membawa ke Syurga Firdausi...

Ciumlah tangan ibu,

Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi...



Ummi,ibu,mama,mak maafkan segala dosa-dosa kami terhadap mu.Restuilah kami,halalkan lah makan minum kami.Ummi,ibu,mama,mak TERIMA KASIH kerana menjaga kami,mendidik kami,manyayangi kami dan segala apa yang kau lakukan untuk kami.

Ya Allah,kau permudahkanlah segala urusan ibu kami di dunia dan akhirat
~ameen~
WALLAHUALAM



LAGU UNTUKMU UMMI.



UMMI,UMMI,UMMI!

Keunggulan seorang ayah.



Assalamualaikum..

    Kau sememangnya lelaki yang terunggul didunia dan diakhirat.Pengorbananmu menyusur dalam diam.Tapi kami  mohon maaf ayah kerana segala mengorbanan mu kami sia-siakn.Maafkan kami ayah.Saudara-saudaraku mari kita renungkan kehebatan seorang ayah.Inilah pengorbanan seorang ayah:-

Mungkin ibu lbh kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tp tahukah kita, sebenar nya ayah lah yg mengingatkan ibu utk menelefon kita?



Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tp tahukah kita bhw sebaik saja ayah pulang bekerja dgn wajah yg letih ayahlah slalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian ?



Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jgn minum ais!".Tp tahukah kamu bahwa ayah sangat risau.??



Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dgn tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bhw ayah hanya ingin menjaga kita? Krn bagi ayah, kita adlh sesuatu yg sangat berharga.



Saat kita sudah d percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kpercayaan nya...Maka ayah lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dgn rasa sangat risau..



Setelah kita dewasa,ayah telah mghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..

Di saat kita memerlukan ini-itu, utk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adlh org pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dngan bangga..



Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayahpun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bhw ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis krn ayah sangat bahagia..Dan diapun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..



Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita brsma cucu-cucunya yg sesekali dtg utk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita..

       
Besarkan pengorbanan insan yang bergelar ayah.Oleh itu sama-sama la kita bersyukur kepada ALLAH kerana telah mengurniakan insan yang hebat benama AYAH kepada kita.
Sama-samalah kita berbakti kepada ayah kita.INSYAALLAH dengan restu ayah kita akan berjaya dunia dan akhirat.
~WALLAHUALAM~















Gambar contoh.